Assalamualaikum
Di pagi mulia ini~ (amboi,macam lagu plok)
Di pagi nuzul quran ni,afaq buat kan entri pasal nuzul quran
kepada korang yg sayangi sesayang-sayangnya oleh afaq
Afaq baru lepas sahur,tak boleh taip lama2 sebab entri ni panjang
kan satu blog ni penuh dengan entri ni
Jom layan....
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam
di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut
Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman
Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar
dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan,
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada
Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah
dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula
bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara
yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr
dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur
dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan
al-Quran:
1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad,
sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini,
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan
keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia
dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang
mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang
bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami
turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya,
ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya
kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang
hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia
al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat
kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran
secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan
mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia
daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang
bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi
petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)
8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat
daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:
‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Assalamualaikum