Pages

Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Nuzul al-quran




Assalamualaikum
Di pagi mulia ini~ (amboi,macam lagu plok)
Di pagi nuzul quran ni,afaq buat kan entri pasal nuzul quran 
kepada korang yg sayangi sesayang-sayangnya oleh afaq 
Afaq baru lepas sahur,tak boleh taip lama2 sebab entri ni panjang
kan satu blog ni penuh dengan entri ni
Jom layan....

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam 
di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut 
Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman 
Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,
 menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar 
dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, 
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada 
Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
 Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah 
dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula 
bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana 
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana 
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara 
yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr 
dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur
 dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan
 al-Quran:


1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad,
 sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
 hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, 
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya 
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan 
keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia
 dan di akhirat.


4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang 
mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang 
bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami 
turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya,
 ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya
 kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang 
hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia 
al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat
 kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran
 secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan 
mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.


7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia 
daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang 
bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi
 petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2) 


8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat 
daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:
 ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
 sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

Assalamualaikum

Cik ana ! nak kad raya tu !


Hi,assalamualaikum
ehem2.....ni kali ke-2 afaq join segmen yg meriah giler...
hadiah die tu tak besar sangat tapi ok laa...suka sangat !!!
korunk nak join ?



ok jom tengok syarat2 yee

1.kena tempek banner macam kat atas tuu
2.buat tajuk macam kat atas jugak
3.buat pantun sendiri.....boleh?
4.duduk kat malaysia tau~

oklah.ni pantun afaq tau
.
hai,cik ana
puasa kejap dah nak raya
rumah dekat ngan pasaraya
marilah belanja saya

harap cik ana sudi baca
pantun yg tak seberapa ni
sebab ni kali pertama
buat pantun yg manis ni

opss,dah nak buka puasa
saya pergi dulu
cik ana macammana
nak bukak puasa sama-sama 


kalau korunk komen mesti jadi cun...

Kelebihan orang yg berpuasa

Assalamualaikum
muah muah muah , rindu kat korunk
bace sampai habis yee....
harini afaq akan kongsikan kepada korunk kelebihan2 yang ada 
orang yang berpuasa di bulan ramadhan
ok,taknak merapu lebih lama,jom kita terjah


1) tiap2 satu kebajikan yg dilakukan akan diberi ganjarang pahala sepuluh hingga tujuh
    ratus kali ganda.W0W !!!!
2) puasa itu perisai daripada api neraka
3) bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada haruman kasturi
4) doa dimakbulkan
5) dosa lalu diampunkan
6) bergembira semasa berbuka puasa
7) masuk syurga melalui pintu Ar-rayyan


Amacam ? Tergamam ?
Itulah sebab kenapa banyak orang sayangkan bulan ramadhan yg
sementara ni
Justeru,marilah kita merebut pahala pada bulan yang mulia ini
Jom !!!

Assalamualaikum


Keistimewaan bulan ramadan

Assalamualaikum
hari ni afaq nak kongsikan satu benda iaitu

...keistimewaan bulan ramadan al-mubarak...

korang puasa tak ? ke puasa yok2 ?
huhuhu,sorry la afaq gurau je.Afaq tahu korang ni letih dan lapar+dahaga
sebab puasa.Sanggup jugak korang baca entri ni dalam puasa ni.
Terima kasih afaq ucapkan.
Oklah jom kita baca

1) terdapat malam lailatul-qadar
2) allah menurunkan al-quran pada malam lailatul qadar
3) merupakan bulan khusus kpd umatnya supaya berpuasa da solat terawih
4) mengurniakan ganjaran yg amat besar kpd hambanya yg berpuasa

sila komen ,ok