Pages

Photobucket Photobucket Photobucket

Internet boleh membawa maut !!!!

Tahukah korang?
Dengan bermain internet,bekerja,menonoton televisyen
dan lain-lain kecuali rileks selama lebih 6 jam akan meningkatkan risiko
kematian kita sebanyak 40%
Mari lihat selanjutnya atau anda MATI.....



picitttt gambar untuk tumbesaran (new tab tauu)
Amacam,afaq yg takde mode nak baca pon ,ade mode
Yelaa...ni tentang hidup kita.Bukannya hal yg perlu
dimain-mainkan.
Oklah tu je untuk setakat ini dan afaq harap korang semua
yang tersayang ni komen lah yeee.....
Bye-bye~


Nuzul al-quran




Assalamualaikum
Di pagi mulia ini~ (amboi,macam lagu plok)
Di pagi nuzul quran ni,afaq buat kan entri pasal nuzul quran 
kepada korang yg sayangi sesayang-sayangnya oleh afaq 
Afaq baru lepas sahur,tak boleh taip lama2 sebab entri ni panjang
kan satu blog ni penuh dengan entri ni
Jom layan....

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam 
di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut 
Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman 
Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,
 menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar 
dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, 
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada 
Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
 Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah 
dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula 
bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana 
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana 
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara 
yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr 
dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur
 dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan
 al-Quran:


1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad,
 sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
 hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, 
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya 
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan 
keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia
 dan di akhirat.


4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang 
mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang 
bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami 
turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya,
 ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya
 kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang 
hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia 
al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat
 kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran
 secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan 
mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.


7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia 
daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang 
bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi
 petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2) 


8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat 
daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:
 ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
 sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

Assalamualaikum

Rilek sebentar mau promote blog anda

picit untuk join
Jom p
romote blog anda di sini....takde syarat dee~.....jom!!!



Hah,malaikat turun dari langit!!!!!

Betulke?,malaikat turun dari langit?  
Tadi afaq try la tengok blog Rojak 
story ni pastu terjumpa laa entry 
malaikat ni.Tergamam jugak afaq.
Korang nak tengok tak ? tapi afaq
tak tahu laa gambar yg kat google
map tu betul ke tak.....
Tapi dengar-dengar, gambar 
malaikat turun tu bukannya hasil
daripada photoshop tapi yg real punya
Nak tengok ? Ha meh....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Tadaaa!!!!!
nak try tengok sendiri depan pc korang ?
Ok,bukak google maps dulu kemudian masukkan koordinat
tempat tu.Koordinatnya ialah 47.110579,9.227568
Then,tekan gambar kanta kat tepi nun sana nu.....
Nampak arrow hijau tak ? Ambil gambar orang kaler oren
kat tepi tu dan lepaskan kat arrow tu.....
Pastu pusing-pusing la kat situ yee.....(jangan pening sudah~)
Tengok lee kat awan-awan tu......
Dah jumpe? Tu la dia !!!

Entak real ke tidak.....
Kot-kot  googlsaje nak buat kontroversi

Pastu semua orang kena Bang-bang boom dengan google

Tapi yg afaq peliknyee....takkanlaa malaikat warna
pink.Kan dia tu diperbuat daripada cahaya.
Mestilah warna putih dan apepulak benda
yang warna hitam depan dia tu!!!!!

Pening aku dibuatnyee....

Ah,ikut komooo lah.....
Oklah korang , afaq nak pergi sekolah ni
Bye-bye....
Datang lagi yee....



Cik ana ! nak kad raya tu !


Hi,assalamualaikum
ehem2.....ni kali ke-2 afaq join segmen yg meriah giler...
hadiah die tu tak besar sangat tapi ok laa...suka sangat !!!
korunk nak join ?



ok jom tengok syarat2 yee

1.kena tempek banner macam kat atas tuu
2.buat tajuk macam kat atas jugak
3.buat pantun sendiri.....boleh?
4.duduk kat malaysia tau~

oklah.ni pantun afaq tau
.
hai,cik ana
puasa kejap dah nak raya
rumah dekat ngan pasaraya
marilah belanja saya

harap cik ana sudi baca
pantun yg tak seberapa ni
sebab ni kali pertama
buat pantun yg manis ni

opss,dah nak buka puasa
saya pergi dulu
cik ana macammana
nak bukak puasa sama-sama 


kalau korunk komen mesti jadi cun...

Kelebihan orang yg berpuasa

Assalamualaikum
muah muah muah , rindu kat korunk
bace sampai habis yee....
harini afaq akan kongsikan kepada korunk kelebihan2 yang ada 
orang yang berpuasa di bulan ramadhan
ok,taknak merapu lebih lama,jom kita terjah


1) tiap2 satu kebajikan yg dilakukan akan diberi ganjarang pahala sepuluh hingga tujuh
    ratus kali ganda.W0W !!!!
2) puasa itu perisai daripada api neraka
3) bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada haruman kasturi
4) doa dimakbulkan
5) dosa lalu diampunkan
6) bergembira semasa berbuka puasa
7) masuk syurga melalui pintu Ar-rayyan


Amacam ? Tergamam ?
Itulah sebab kenapa banyak orang sayangkan bulan ramadhan yg
sementara ni
Justeru,marilah kita merebut pahala pada bulan yang mulia ini
Jom !!!

Assalamualaikum


Keistimewaan bulan ramadan

Assalamualaikum
hari ni afaq nak kongsikan satu benda iaitu

...keistimewaan bulan ramadan al-mubarak...

korang puasa tak ? ke puasa yok2 ?
huhuhu,sorry la afaq gurau je.Afaq tahu korang ni letih dan lapar+dahaga
sebab puasa.Sanggup jugak korang baca entri ni dalam puasa ni.
Terima kasih afaq ucapkan.
Oklah jom kita baca

1) terdapat malam lailatul-qadar
2) allah menurunkan al-quran pada malam lailatul qadar
3) merupakan bulan khusus kpd umatnya supaya berpuasa da solat terawih
4) mengurniakan ganjaran yg amat besar kpd hambanya yg berpuasa

sila komen ,ok

Hah,semua blog akan didelete !!!

Hah,semua blog akan di delete !!!
betul ke?

inilah berita panas yang selalu digunakan oleh blogger yang
otai supaya blog mereka akan makin dikenali ramai
Mana takyeee...kalau tajuk yang diberi seperti diatas
mestilah orang ramai akan masuk blog tersebut untuk 
mengetahui hal yang sedang berlaku ni.

Maklumlah,kalau ade blogger otai cakap 
yang dia telah ditangkap polis dan akan disaman RM 4000.
Lepas dia post cerita tu , isyaallah dia akan senyap pasal cerita tu
dan akan berblogging seperti biasa.Nilah kontroversi
yang sering dilakukan.Tapi blog afaq ni bukannya femes sangat 
sebab afaq ni blogger baru....

Biasalah,dunia sekarang ni
banyak berita yang panas2 macam duit syiling malaysia ke-3
ni ade gambar bendera israel dan macam-macam lagi.
Ini ialah dari perhatian saya sendiri,ok.Takde yang nipunyee.
Sorry la kalau korang gelebah tadi disebabkan oleh
tajuk post kali ni.

Oklah uolls afaq letih ni.
Baru baik sekolah dan afaq harap korang hargai dengan
menulis komen,ok
Tulis jelaa ape pon,tulis "hi" pon takpe

Bye....