Pages

Photobucket Photobucket Photobucket

Peristiwa 12.10.11

Apa yang afaq maksudkan dengan 

~PERISTIWA 12.10.11~

hehehe...
Sebenarnya kelmarin diadakan

... MAJLIS DINNER BERSAMA PENGAWAS...

Afaq juga turut serta walaupun majlis untuk pengawas
sekolah sahaja.Alahhh~,afaq cuma penuhkan kerusi kosong jee
daripada duduk kat rumah tak buat ape-ape,baik afaq turut serta sekali.
Boleh tambah pengalaman...!!!

Jom kita tengok gambar yg ade...







hahaha....sempat lagi budak ni "peace"
 walaupun afaq candid



p/s muka afaq takde dalam gambar diatas,ok

Bye...

Ya,allah....malunyee aku

Ni cerita baru plak yg masuk dalam sejarah hidup aku.
Begini cerita yee....

Kelmarin , hari Khamis (15.9.2011) afaq buat la katalog kek lapis untuk afaq berniaga kat sekolah .Hari tu jugak afaq pergi print kat CC dan 
laminate.Tuhan saje yg tahu betape letih yee afaq pada hari tu.Lepas siap laminate je,afaq terus masuk ke sekolah (sesi petang).Masuk waktu pertama pembelajaran sampailah solat asar secara berjemaah.Dalam solat 
tu jugak afaq masih terfikir tentang target jualan dan macam-macam lagilah yang berkaitan ttg perniagaan afaq ni.Sampai rakaat ke empat,imam pon
nak rukuk,Apelagi afaq pon terus duduk nak sujud.Aik!!!, ya allah,aku tersilap dan orang-orang kat tepi afaq yg olok-olok solat ni pun tanpa melepaskan peluang ,mengelakkan afaq.Sesudah salam kedua,semua 
orang kat keliling afaq terus ketawakan afaq.Aiyoooo,maluyee aku.Afaq terus ke saf hadapan dan buat-buat tak tau jee~.Mujurlah tak heboh dalam musolla tu.

Ubahsuai selesai

Alhamdunillah
blog afaq dah diubahsuai......kah kah kah...alim molek!!!
Kepada reader yang selalu datang ke blog afaq ni walaupun

tengah diubahsuai , afaq ucapan bermillion-million terima kasih .

Oklah afaq ada banyak lagi cerita yg tengah tunggu turn dalam otak
ni untuk ditaip dalam blog 

Tata~

Perhatian

...Blog sedang diubahsuai...

Bahaya maing kak sinih kan jatuh kayu belebak!! atah muko

Internet boleh membawa maut !!!!

Tahukah korang?
Dengan bermain internet,bekerja,menonoton televisyen
dan lain-lain kecuali rileks selama lebih 6 jam akan meningkatkan risiko
kematian kita sebanyak 40%
Mari lihat selanjutnya atau anda MATI.....



picitttt gambar untuk tumbesaran (new tab tauu)
Amacam,afaq yg takde mode nak baca pon ,ade mode
Yelaa...ni tentang hidup kita.Bukannya hal yg perlu
dimain-mainkan.
Oklah tu je untuk setakat ini dan afaq harap korang semua
yang tersayang ni komen lah yeee.....
Bye-bye~


Nuzul al-quran




Assalamualaikum
Di pagi mulia ini~ (amboi,macam lagu plok)
Di pagi nuzul quran ni,afaq buat kan entri pasal nuzul quran 
kepada korang yg sayangi sesayang-sayangnya oleh afaq 
Afaq baru lepas sahur,tak boleh taip lama2 sebab entri ni panjang
kan satu blog ni penuh dengan entri ni
Jom layan....

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam 
di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut 
Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman 
Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,
 menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar 
dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, 
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada 
Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
 Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah 
dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula 
bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana 
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana 
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara 
yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr 
dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur
 dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan
 al-Quran:


1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad,
 sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
 hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, 
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya 
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan 
keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia
 dan di akhirat.


4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang 
mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang 
bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami 
turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya,
 ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya
 kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang 
hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia 
al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat
 kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran
 secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan 
mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.


7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia 
daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang 
bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi
 petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2) 


8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat 
daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:
 ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
 sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

Assalamualaikum

Rilek sebentar mau promote blog anda

picit untuk join
Jom p
romote blog anda di sini....takde syarat dee~.....jom!!!



Hah,malaikat turun dari langit!!!!!

Betulke?,malaikat turun dari langit?  
Tadi afaq try la tengok blog Rojak 
story ni pastu terjumpa laa entry 
malaikat ni.Tergamam jugak afaq.
Korang nak tengok tak ? tapi afaq
tak tahu laa gambar yg kat google
map tu betul ke tak.....
Tapi dengar-dengar, gambar 
malaikat turun tu bukannya hasil
daripada photoshop tapi yg real punya
Nak tengok ? Ha meh....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Tadaaa!!!!!
nak try tengok sendiri depan pc korang ?
Ok,bukak google maps dulu kemudian masukkan koordinat
tempat tu.Koordinatnya ialah 47.110579,9.227568
Then,tekan gambar kanta kat tepi nun sana nu.....
Nampak arrow hijau tak ? Ambil gambar orang kaler oren
kat tepi tu dan lepaskan kat arrow tu.....
Pastu pusing-pusing la kat situ yee.....(jangan pening sudah~)
Tengok lee kat awan-awan tu......
Dah jumpe? Tu la dia !!!

Entak real ke tidak.....
Kot-kot  googlsaje nak buat kontroversi

Pastu semua orang kena Bang-bang boom dengan google

Tapi yg afaq peliknyee....takkanlaa malaikat warna
pink.Kan dia tu diperbuat daripada cahaya.
Mestilah warna putih dan apepulak benda
yang warna hitam depan dia tu!!!!!

Pening aku dibuatnyee....

Ah,ikut komooo lah.....
Oklah korang , afaq nak pergi sekolah ni
Bye-bye....
Datang lagi yee....



Cik ana ! nak kad raya tu !


Hi,assalamualaikum
ehem2.....ni kali ke-2 afaq join segmen yg meriah giler...
hadiah die tu tak besar sangat tapi ok laa...suka sangat !!!
korunk nak join ?



ok jom tengok syarat2 yee

1.kena tempek banner macam kat atas tuu
2.buat tajuk macam kat atas jugak
3.buat pantun sendiri.....boleh?
4.duduk kat malaysia tau~

oklah.ni pantun afaq tau
.
hai,cik ana
puasa kejap dah nak raya
rumah dekat ngan pasaraya
marilah belanja saya

harap cik ana sudi baca
pantun yg tak seberapa ni
sebab ni kali pertama
buat pantun yg manis ni

opss,dah nak buka puasa
saya pergi dulu
cik ana macammana
nak bukak puasa sama-sama 


kalau korunk komen mesti jadi cun...

Kelebihan orang yg berpuasa

Assalamualaikum
muah muah muah , rindu kat korunk
bace sampai habis yee....
harini afaq akan kongsikan kepada korunk kelebihan2 yang ada 
orang yang berpuasa di bulan ramadhan
ok,taknak merapu lebih lama,jom kita terjah


1) tiap2 satu kebajikan yg dilakukan akan diberi ganjarang pahala sepuluh hingga tujuh
    ratus kali ganda.W0W !!!!
2) puasa itu perisai daripada api neraka
3) bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada haruman kasturi
4) doa dimakbulkan
5) dosa lalu diampunkan
6) bergembira semasa berbuka puasa
7) masuk syurga melalui pintu Ar-rayyan


Amacam ? Tergamam ?
Itulah sebab kenapa banyak orang sayangkan bulan ramadhan yg
sementara ni
Justeru,marilah kita merebut pahala pada bulan yang mulia ini
Jom !!!

Assalamualaikum


Keistimewaan bulan ramadan

Assalamualaikum
hari ni afaq nak kongsikan satu benda iaitu

...keistimewaan bulan ramadan al-mubarak...

korang puasa tak ? ke puasa yok2 ?
huhuhu,sorry la afaq gurau je.Afaq tahu korang ni letih dan lapar+dahaga
sebab puasa.Sanggup jugak korang baca entri ni dalam puasa ni.
Terima kasih afaq ucapkan.
Oklah jom kita baca

1) terdapat malam lailatul-qadar
2) allah menurunkan al-quran pada malam lailatul qadar
3) merupakan bulan khusus kpd umatnya supaya berpuasa da solat terawih
4) mengurniakan ganjaran yg amat besar kpd hambanya yg berpuasa

sila komen ,ok

Hah,semua blog akan didelete !!!

Hah,semua blog akan di delete !!!
betul ke?

inilah berita panas yang selalu digunakan oleh blogger yang
otai supaya blog mereka akan makin dikenali ramai
Mana takyeee...kalau tajuk yang diberi seperti diatas
mestilah orang ramai akan masuk blog tersebut untuk 
mengetahui hal yang sedang berlaku ni.

Maklumlah,kalau ade blogger otai cakap 
yang dia telah ditangkap polis dan akan disaman RM 4000.
Lepas dia post cerita tu , isyaallah dia akan senyap pasal cerita tu
dan akan berblogging seperti biasa.Nilah kontroversi
yang sering dilakukan.Tapi blog afaq ni bukannya femes sangat 
sebab afaq ni blogger baru....

Biasalah,dunia sekarang ni
banyak berita yang panas2 macam duit syiling malaysia ke-3
ni ade gambar bendera israel dan macam-macam lagi.
Ini ialah dari perhatian saya sendiri,ok.Takde yang nipunyee.
Sorry la kalau korang gelebah tadi disebabkan oleh
tajuk post kali ni.

Oklah uolls afaq letih ni.
Baru baik sekolah dan afaq harap korang hargai dengan
menulis komen,ok
Tulis jelaa ape pon,tulis "hi" pon takpe

Bye....


Blackberry Playbook dah sampai.....

Hai
jangan terkejut,playbook ini sampai kat malaysia
bukannya sampai kat tangan afaq....hahaha
afaq ni sambil2 post sambil nak share kat korunk sebab
...sharing is caring...

oklah,jom kita sambung
playbook ni dah sampai kat malaysia dan dibawa exclusive
oleh Maxis.Woshhh,memang gempak dan
reka bentuknya memang cunlah tapi tebal laa bukannya nipis
tebal skit je...bukannya tebal macam buku....hahaha
Harganya bermula dari RM 990.00 dengan maxis top-up plan.
tapi afaq tak de lagi......afaq cuma nak share ngan korang je...

Jika korunk masih nak tahu maklumat lanjut dan masih nak tahu tentang 
playbook ni sila tekan sini

oklah tu...tata reader ku sayang 
muah2

(sorry la sebab banyak tulisan warna hijau tu)

Segmen: Memori Ramadhan by Sakura

Hi,jumpa lagi kite

hari ni afaq nak try join segmen yg dianjurkan oleh
blog snow sakura
ehem2 ni first time yee.....jadi ke tak jadi afaq tak tahu
kalau korang nak join jugak bolehlah tekan gambar upin & ipin kat bawah tu..


alaaa...tak susah pon , dia suruh kita postkan pengalaman yang best 2 masa kita
puasa dulu-dulu tu....
oklah denagn lafaz bismillah afaq mulakan (cewahhh)


kejadian ini terjadi masa afaq darjah tiga kalau tak silapmasa tukan puasa dan panas terik yang seterik-teriknya , kan2 ?pastu lepas sesi sekolah tamat mestilah nak pulang dan kebiasaanya afaq pulang dari sekolah dengan jalan kaki tulaa sebab sekarang ni afaqkurus.....hahaha......Dahlah panas,dahaga,lapar pastu kena balik sekolahdengan jalan kaki.Punyalah jalan dengan pikul beg yang macam batusize xxxl.Wuish berat nak mampoos.Sampai je kat rumah afaq tengok adik afaqtenga makan Honey star sambil tengok tv.Eh sedapnyee....(kata hatiku)Yelah honey star kan sedap,manis-manis gitu (nyum2)Ape lagi aku pon terus ambik honey star , segenggam yang aku tak tahanyeeTanpa buang masa aku terus masukkan dalam mulut.Oh nikmat yee (kat hatiku)Pastu ade laa ingatan aku yang kata bahwa aku ni puasa.Oishhhh,kacau line laaasikit lagi aku nak telan.Kalau tak lagi terasa nikmat nyeee.....hahahaha


itulah cerita yang panjang lebar dari afaq
ta ta






Perang laser di I-city dengan potongan 50 % serta 3 sesi



Hai,semua.
afaq ni tengah tak de mood sebab follower tak naik ni,nape entah

tapi sebab korunk , afaq berjuang gak....tu la kena komen lepas bace
oklah tu....merepek tak tentu pasal


ni asyik afaq duk selebek-selebek kat internet ni
afaq terjumpa pulak satu website yang membuat tawaran perang laser

di I-city dengan potongan harga sebanyak 50%.Fuyooo!!! banyak tu...




korunk mesti cepat-cepat ambil tawaran ni sebelum terlambat sebab kan dah nak puasa.
Nanti sibuk sampai tak boleh nak main.


takut mahal ? jangan takut !!!! ianya hanya berharga RM 27.00 selepas diskaun.
bayangkan pastu dapat pulak 3 sesi boleh main.Fuhh...memang meletoplah


Nak main ni takde group pon takpe....kita boleh masuk group lain atau bermain bermain secara
individu.Bukan main sorang-sorang,ok




Aktiviti ini tak menyakitkan langsung dan sangat mudah dimainkan sebab
dia kan laser.berikut ialah keistemewaannya :-
              
                       - 3 sesi bermain
                       - tidak menyakitkan dan mudah dimainkan
                       - boleh dimainkan dalam group yg kecil atau besar atau pun tanpa 
                         group
                       - dibuka pada selepas waktu sekolah dan kerja.
                       - tiada kesakitan dan akan diajar cara menggunakannya dan kali-1
                          bermain
                          tidak perlu risau dengan cara bermain.






                               DAPATANNYA SEKARANG DENGAN HANYA RM27.000

Ohh...rileks yee aku hari ni...

Ahhh.......rileknyee aku hari ni
bangun pagi lewat nak mampos.....lepas bangun aku terus gi 
jenguk kat luar sebab
sunyi sepi je rumah aku ni hanya tinggal adik ngan abang aku 
je yg duk main game kat komputer tu....nape ni???
Ohh....rupe 2 nyerrr parent aku pergi beli kain nak buat baju untuk hari
raya......tenang aku seketika......
dahlah pagi hari ni berangin dan mendung gitu....
aku pon terus teringat yg dalam peti ais ade coklat bertambun macam
bukit.Bila bukak je peti ais tu bukanyee bau ikan kluar tapi
bau coklat yg kluar...ish ish ish,dasyat tak ?
Ape lagi aku kaut la coklat yg ade
ade coklat "kisses","perle d o'r" dan banyak lagi

aku pergi kat ruang tamu pastu terus baring atas sofa yg empuk (ehem2) sambil 
makan coklat tu biasalah,alang 2 nak jadi gemuk.......hahaha
Tiba-tiba !!!!  ade la hidung aku datang menyampuk tak bagi salam
hidung aku bersumbat~...( lol ) sebab aku tak boleh kena
angin pagi-pagi ni , aku pon tak tau nape....
argghhhh.......geram betul laa
oklah....sekian tazkirah saya pada hari ini....hahaha