Pages

Nuzul al-quran




Assalamualaikum
Di pagi mulia ini~ (amboi,macam lagu plok)
Di pagi nuzul quran ni,afaq buat kan entri pasal nuzul quran 
kepada korang yg sayangi sesayang-sayangnya oleh afaq 
Afaq baru lepas sahur,tak boleh taip lama2 sebab entri ni panjang
kan satu blog ni penuh dengan entri ni
Jom layan....

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam 
di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut 
Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman 
Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,
 menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang
 menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar 
dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, 
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada 
Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
 Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah 
dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula 
bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana 
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana 
dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara 
yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr 
dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur
 dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan
 al-Quran:


1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad,
 sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
 hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, 
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya 
walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan 
keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia
 dan di akhirat.


4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang 
mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang 
bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami 
turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya,
 ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya
 kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang 
hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia 
al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat
 kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran
 secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan 
mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.


7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia 
daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang 
bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi
 petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2) 


8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat 
daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:
 ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
 sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

Assalamualaikum

3 comments: